Best tak tajuk atas?? Hehehe...Tajuk jer best, isi die?? Hmmmm...
Tiba-tiba jer nk bangkitkan isu tentang cinta..apa sebenarnya erti cinta? Siapakah cinta? Dan apakah cinta? Secara tiba-tiba aku teringatkan soalani yg ni dan aku sendiri takleh nak jawab... Cinta mengikut persepsi masing2 adalah berbeza...xsemua org percaya dengan cinta sejati namun mereka sebenarnya tidak sedar bahawa sebenarnya mereka sedang mengalami cinta sejati yg lahir dr hati mereka sendiri. Cinta bukan hanya setakat rasa cinta antara sesama insan yg berlainan jantina, senang cerita 'couples' la. Cinta juga merupakan cinta kita terhadap sesama insan yg lain seperti sahabat2, sanak saudara, keluarga dan yg terutamanya cinta terhadap ALLAH S.W.T, itu adalah cinta yg paling utama dlam hidup kita pada hari ini, esok, dan selama-lamanya.
Aku pernah terdengar satu hujah yg pernah diutarakan oleh seorang kolumnis terkenal, beliau mengatakan bahawa cinta yg sebenar adalah apabila kita mencintai ALLAH S.W.T melebihi segala-galanya. Cinta itu indah kerana yang menciptakan cinta itu adalah yg maha indah. ALLAH itu indah dan suka kepada keindahan. sebab itu jika seseorang itu tidak merasa indah dengan cinta, bukan cinta itu tidak indah, tapi kerana hati dia ada masalah. Ujar beliau juga jika seseorang itu tahu bagaiman untuk menggunakan cinta yg dianugerahkan dengan sebaik-baiknya maka orang itu akan menjadi seorang yg berjaya dan optimis dalam setiap perkara yang dilakukan. Jika kita cinta kepada sesuatu yang baik maka kita akan terarah kepada kebaikan. Kita akan menjadi pejuang kepada kebenaran dan tiada siapa yang boleh manghalang kita daripada melakukan jihad dan kebenaran dalam kehidupan kita, iaitu cinta kepada ALLAH...
Dari situ kita dapat lihat bahawa cinta kepada ALLAH adalah melebihi segala-galanya, maka segala apa yg kita lakukan mestilah dengan niat kerana ALLAH dan dari situ InsyaALLAH kita akan beroleh keberkatan.
Sangat banyak cerita dan berita yg kita dengar setiap hari berkenaan dengan cinta. Ada yang baik dan ada yang tidak baik. Tetapi kebanyakkannya adalah berita2 yang tidak sedap kita dengar seperti saling berbalah sesama insan hanya kerana satu cinta yang x pasti malahan juga kes2 pembunuhan yang berlaku akibat dr cemburu dan hasad dengki. Semua itu berpunca dr satu iaitu cinta tetapi cinta yg sebegitu merupakan suatu cinta yang patut kita elakkan supaya kita tidak terkeluar dr landasan cinta itu sendiri. Apabila kita mencintai seseorang itu kita akan sentiasa pastikan yang insan yg kita cintai itu bahagia dengan kita, sekiranya tidak, mungkin itu bukan jodoh kita. Tuhan menciptakan setiap umat-Nya berpasang-pasangan. Setiap insan ada pasangannya yg telah pon ditetapkan oleh ALLAH. Dari situ kita mestilah yakin dengan setiap perbuatan dan perlakuan kita akan mendapat balasan yg setimpal dengan apa yang
dilakukan.