Persoalannya sekarang, wajarkah cemburu tuh? Mengikut pandangan akulah, wajar rasanya utk aku cemburu. Cemburu ni bukan sahaja cemburu terhadap pasangan sendiri, malahan cemburu terhadap kejayaan orang lain. Sebab cemburu jenis ni ada sisi positifnya, kita akan terdorong untuk berusaha untuk mengecap kejayaan sepertimana yang dilalui orang lain, malahan kita nakkan yang lebih baik darinya.
Namun dalam apa yang terjadi pada aku, aku sendiri membuta tuli membuat spekulasi sendiri. Aku sedar semua tu hanya mainan perasaan, namun tatkala aku cuba melupakannya, bayangan seolah2 lakonan semula perkara yang aku tak pasti berlaku atau tidak akan terpampang di ruang penglihatanku. Seolah2 perkara tersebut benar2 berlaku. Setelah itu berlaku, aku sendiri akan berasa sedih walaupun aku sendiri tak pasti adakah itu yang berlaku. Gambaran itu seolah2 benar. Secara automatiknya aku akan berasa cemburu dengan pasanganku sendiri. Wajarkah?
Orang selalu berkata, cemburu akan memusnahkan sesuatu perhubungan. Sekarang aku sedar, walaupun perasaan cemburu itu bakal membawa kemudaratan, tapi, cemburu itu perlu dalam sesuatu perhubungan. Apabila kita cemburu dengan pasangan kita sendiri, kita akan berusaha sedaya upaya supaya perhubungan yang terjalin tidak akan lerai dengan sekelip mata. Seseorang itu harus pandai mengawal rasa cemburu yang ada padanya supaya apa yang digenggam, tidak akan terlepas dr genggaman.
No comments:
Post a Comment