Thursday, October 3, 2013

Ajaibnya dunia teknologi..

sekarang ni mcm2 yg boleh kita lakukan dengan teknologi. Teknologi merubah diri kita dengan sekelip mata. Even yg berada di kawasan pedalaman pon  sekarang kita akan dapat lihat paling kurang seorang akan memiliki Blackberry. Hebat2 org2 zaman sekarang ni. Malahan kat kawasan pedalaman lg ramai yg menggunakan khidmat siaran berbayar Astro. Salah satu sebab die, kawasan pedalaman sangat susah untuk mendapatkan siaran TV. Memang tak dinafikan lah yg siaran Astro lebih mudah didapati, namun kosnya lebih tinggi. Kalau dulu nak dengar lagu mesti dengar radio atau pun kaset. Sekarang ni kaset tak diperlukan lagi setelah adanya mp3 dan mp4. Boleh rakam lagu bila2 masa jer. Itulah yg dinamakan teknologi di hujung jari. Dengan mudahnya kita boleh mendapatkan segala maklumat. Bayangkanlah, lagu2 baru yg keluar, kita dapat download semua dr internet. Tak perlu bersusah payah untuk menunggu lagu tersebut keluar kat radio. Memang express. 



No comments:

Post a Comment