Thursday, October 3, 2013

Perkahwinanku :p

Kahwin! Perkataan yang aku rasa skrg mmg aku alergi sgt2. Nak tau x kenapa? Sebab aku dah rasa tawar hati dengan perkahwinan. Pelik kan. Tapi tulah kenyataanya. 
Aku ada 2 orang kawan baik lelaki. Selalu orang lain kata aku bercinta dengan salah seorg dr mereka. Aku mmg sygkan mereka, tapi perasaan tu cuma syg seorang sahabat kepada sahabatnya. Aku mmg seorang yg mudah tertarik dengan seorang lelaki tetapi aku x mudah nk jatuh cinta. Aku senang rapat dengan lelaki menyebabkan mereka salah faham dengan keramahan aku. Baru2 ni salah seorang dr mereka cakap dia akan berkahwin. Semua ckp aku sedang bersedih dan patah hati sebab die nk kahwin. Aku memang sedih sbb aku akan kehilangan seorang sahabat...maybe. Tapi dalam masa yg sama aku happy sbb dia dah dapat kebahagiaan dia. Bukan kerana cemburu sbb dia berkahwin dengan org lain. Biarlah apa pun org lain nak kata, yang penting aku sendiri tahu dengan perasaan aku. Kita takkan boleh puaskan hati semua orang. Tak mengapalah, biarkanlah begitu.

Perkahwinan. Aku tawar  hati sbb cita2 aku nk kahwin cepat takkan mungkin kesampaian. Mencapai umur 26tahun, masih belum ada apa-apa progress about wedding, it really makes me feel frustrated. Sekarang ni, kalau ada jodoh ada lah, kalau xde jodoh aku tak boleh nak kata apa. Aku sedar setiap apa yang berlaku semuanya ketentuan Yang Maha Esa. Aku hanya mampu berserah kepadanya agar diberikan jodoh yang terbaik buatku. Sebab itulah aku tak terasa apa-apa bila kawan2ku ramai yang sudah mendirikan rumah tangga. Ada hikmah disebalik semua kejadian. 

Kadangkala aku naik takut memikirkan tentang hal perkahwinan. Jika aku berkahwin, mampukah aku menjadi seorang isteri yang taat dan solehah? Mampukah aku membahagiakan bakal suamiku dan memberikan zuriat kepadanya? Bolehkah keluarga mentuaku menerimaku seadanya? Aku benar2 takut memikirkan semua tu. 

Anyway, i feel so happy because my friends found their way to happiness. I am so happy for them. I wish them to be happy and healthy for the rest of their life. Congratulations my friends......

No comments:

Post a Comment