Thursday, April 15, 2010

selamat tinggal kasih...

Lame rasenyer x post kat lam blog ni..masa bnyk dihabiskan dengan asgnment, rakan2 dan keluarga..sampaikan masa untuk diri sendiri pon terhad..itulah kehidupan yg bakal dilalui oleh setiap insan...less time for urself..tp sebenarnyer, bukan tu yg aku nk ceritakan lam blog ni ari ni...diriku terpaksa melepaskan seseorang yg aku syg...aku sedar selama ini, dia mmg bukan milikku..namun, kekecewaan itu masih terasa kerana aku mudah syg dengan org lain..termasuklah si dia..hipokrit kah aku...aku sedar aku tidak wajar untuk berperasaan sedemikian, namun, itulah yg aku rase..sakit rasenyer hati bila nmpk kebhagiannyer bersama org lain...sungguh..pedih sgt hati ni mcm da kne tusuk dengan sebilah pedang yg amat tajam...ohh hati..tolong lah diriku......aku hanyalah manusia biasa yg punya bnyk kekurangan dan kelemahan..apa pon yg berlaku, itulah yg dinamakan kehidupan..dan inilah yg mencorakkan warna kehidupan kita. sedih sebenarnya bila fikir-fikir balik..tp apa yg berlaku x dapat dielakkn. hidup ini satu lakonan dunia, apa yg berlaku terhadap diri manusia telah direncanakan oleh Tuhan..kita berlakon berdasarkan garapan cerita yg telah ditakdirkan..adakala kita gembira, adakala kita berduka, adakala kita senang dan adkalanya kita susah..suka dan duka tu silih berganti. x selamanya kita suka, dan x selamanya kita duka. apa yg berlaku ada hikmah disebaliknya.. aku boleh terima kenyataan itu, cuma aku hanyalah insan biasa yg lemah dan naif. apabila kita sedar akan kekurangan kita, kita akan cuba untuk menrima kenyataan. aku sedang cuba untuk terima kenyataan bahawa aku bukan lagi teman luahan perasaannya..teman dikala sepinya..teman waktu gembiranya. aku cuba untuk terima itu. walau aku tau, sukar bagiku untuk melepaskan dia namun...dia bukan milikku dulu, kini, dan selamanya...itu yg pasti.. aku akan gembira bila melihat dia bahagia, walaupun hatiku terluka..cukup bagiku untuk melihat dia bahagia..apabila diri kita telah jatuh syg pada seseorang, kita akan senang apabila melihat dia bahagia..


selamat tinggal kuucapkan.. walaupun berat dan perit ku rasa, tapi inilah kenyataan, selamat meniti hari-hari bahagia mu....

p/s: untuk seorang sahabat yg begitu beerti dlm hidupku...
carilah sahabat yg korg akan bersamanyer sepanjang hayat dan xkn lupakan korg walaupun da berjmpa dgn sahabat lain...huhuhuuu

No comments:

Post a Comment