Thursday, July 29, 2010

A to Z

Bila hati sunyi, hanya kawan2 yang jd peneman setia. Kadangkala aku terpikir seandainya aku hilang semua kawan2 aku. Pastinya aku akan jd sgt la kecewa. Kawan yg sejati adalah kawan yg boleh bersama-sama kita dalam susah dan senang. Peneman setia dikala kita suka dan duka. Semua org mahukan kawan yg boleh mmbantu kita dikala susah dan senang. Kawan semasa suka sgt senang dicari. Tetapi kawan dikala duka, susah kita nk dpt.. Aku sgt2 beruntung mempunyai kawan yg berada disisiku disaat suka dan duka. Segalanya dikongsi bersama. Dialah kawan sejati aku, kini dan selamanya.

DULU DAN SELAMANYA - A TO Z
Kepadamu ku curahkan
Kepadamu ku buktikan
Segala yang kujanjikan
Dari dulu dan selamanya
Biar musim pun berganti
Namun aku kan kembali
Kepadamu disisi
Bersama lagi hanya kau kusayangi

Biar..hari berganti dan pergi
Kerana..ku tahu kau kasihku
Kali ini ku kembali
Dalam alunan mesra sinar pagi
Kugenggam erat tanganmu ku bawa bersama
Ke alam reality dan fantasi

Biar...hari berganti dan pergi
Kerana..ku tahu kau kasihku
Kali ini ku kembali
Dalam alunan mesra sinar pagi
Ku genggam erat tanganmu ku bawa bersama
Ke alam reality dan fantasi 3x

Friday, July 23, 2010

redha dengan takdir Yang Maha Esa...

hari semakin berlalu, terasa mcm sekejap jer masa berlalu.. dah semester ke 5 aku berada di UiTM..Alhamdulillah, perjalananku dipermudahkan ALLAH..walaupun perjalananku penuh duri dan rintangan, syukur aku dapat melaluinya.

terima kasih Ya ALLAH,
kerana Kau memberikanku kesempatan menuntut ilmu2 darimu,
sesungguhnya kesempatan yang Kau berikan amat bererti untuk diriku,
dan aku tidak mungkin akan mempersiakan kesempatan dan peluang itu,
akanku gunakan segala ilmu yang kuperolehi untuk masa depanku dan keluargaku,
sesungguhnya ilmu2 yang Kau berikan takkan pernah habis untuk aku tuntut,
masih bnyk lagi ilmu yang akan ku cari walaupun aku telah menghabiskan pengajianku disini.

Ilmu pengetahuan sesungguhnya sgt penting dalam kehidupan. semua kehidupan walau tak ke sekolah akan mempelajari sedikit demi sedikit ilmu tentang kehidupan. ilmu akademik dipelajari di sekolah dan pusat2 pengajian manakala ilmu kehidupan merupakan pelajaran yang akan kita dapat melalui pengalaman. tanpa pengalaman, ilmu yang kita dapat mgkin tidak cukup. aku sedar akan diriku, aku masih lg fikirkan, apakah aku mampu untuk menghadapi alam kehidupan sebagai seorang pekerja. alam pekerjaan merupakan alam yang penuh dengan warna. sama ada gelap atau pun cerah. kita sendiri yang akan mencorakkan segalanya. aku harap sangat aku mampu untuk menghadapi semua cabaran yang bakal aku tempuhi di luar sana. meskipun aku tahu, segala yang berlaku, merupakan hikmah yang paling indah dalam hidupku.

seringkali aku terdengar teman ku bersungut akan kesusahan pada dirinya. aku tidak menyalahkannya kerana aku fahamkan situasi yang sedang dia hadapi, namun aku terkilan akan sikapnya yang seolah2 menyesali keputusan yang dia pilih sendiri. pada aku, aku redha meskipun keputusan yang aku ambil adalah salah, aku masih lg mampu tersenyum dan menganggap semua ini adalah satu pengalaman yang paling berharga dalam hidupku. tanpa semua pengalaman itu, kehidupan itu takkan terasa manis dan pahitnya. melalui kesilapan la kita boleh nilai apa sebenarnya kekurangan dan kesilapan kita. kita takkan selamanya gagal dan kita takkan selamanya berjaya. hidup ini umpama roda, ada masa kita akan berada di bawah dan ada masa kita akan berada di atas. niat dan usaha kita yang akan menentukan kedudukan kita berada ditahap mana. tanpa usaha, mustahil untuk kita berjaya.

Aku sesungguhnya amat redha dengan apa yang berlaku pada diriku. Meskipun ada ketika aku membuat keputusan yang salah, aku sekalipun tidak pernah menyesal kerana aku tahu, akan ada hikmah disebalik semua kejadian yang berlaku pada diriku. Aku adalah dirku, walau apa pun yang orang lain perkatakan tentang diriku, aku adalah diriku yang aku kenali. Tiada sesiapa yang mengenali diri kita kalau bukan diri kita sendiri...

Tuesday, July 20, 2010

sahabat~ sejati atau hanya mengambil kesempatan

Dalam hidup ni sukar bagi kita untuk cari teman yang betul2 boleh kita panggil sahabat..kisah yg berlaku ni bukanlah berlaku pada diriku namun tempiasnya terkena jugak kat aku sbb aku dan die berkawan rapat...sgt rapat...

dlm hidup ni, semua yg berlaku ade hikmahnye.. kawan adalah org yg paling rapat dgn kita...sekiranya kawan yg kita anggap sbg adik beradik snggup mgkhianati kita, ape persaan kita? jawapan aku, PASTI TERLUKA! aku boleh terima andai org lain khianati aku, tp kalo sahabat yg kita dah berkorban mcm2 deminya, aku mmg xleh terima..bukan mengungkit segala penorbanan, tetapi takkan takde sikit pon rasa mghargai seseorg, walaupun ape yg kita wat tu xlah sebesar mana...

namun aku pasti, segala yg berlaku, segala apa yg org buat kat kita, balasan yg diterima adalah setimpal dgn perbuatan dia..aku bukanlah budak baik yg boleh dibangga2kan, namun aku punya harga diri dan aku sedar akan kekurangan dan kelemahan diri aku sendiri..kalo org tu sendiri xsedar akan kekurangandan kelemahan dia, susahlah...

kita sendiri boleh target apa pandangan org terhadap diri kita, tp kalo lah seseorg itu terlalu lurus dan xmampu langsung nk fikir ape sebenarnya yg org lain fikir, susah sgt nk adapt ngan alam persekitaran...kdg2, kalo kita terlalu lurus, org akan dgn senangnya pijak kepala kita..aku salah seorang darinya.bukan merelakan, tetapi kadangkala kita xsedar akan niat jahat org lain kat kita..aku ni lurus, senang sgt percya kat org....

jika kita berbuat baik pada orang lain, insyaAllah balasan baik yang kita akan dapat...tapi kalau kita berbuat jahat dengan orang lain, balasan yang bakal diterima setimpal dengan perbuatan yang dilakukan.....

renung-renungkanlah...
sesungguhnya, ALLAH akan sentiasa berada disisi orang2 yang teraniaya...