hari semakin berlalu, terasa mcm sekejap jer masa berlalu.. dah semester ke 5 aku berada di UiTM..Alhamdulillah, perjalananku dipermudahkan ALLAH..walaupun perjalananku penuh duri dan rintangan, syukur aku dapat melaluinya.
terima kasih Ya ALLAH,
kerana Kau memberikanku kesempatan menuntut ilmu2 darimu,
sesungguhnya kesempatan yang Kau berikan amat bererti untuk diriku,
dan aku tidak mungkin akan mempersiakan kesempatan dan peluang itu,
akanku gunakan segala ilmu yang kuperolehi untuk masa depanku dan keluargaku,
sesungguhnya ilmu2 yang Kau berikan takkan pernah habis untuk aku tuntut,
masih bnyk lagi ilmu yang akan ku cari walaupun aku telah menghabiskan pengajianku disini.
Ilmu pengetahuan sesungguhnya sgt penting dalam kehidupan. semua kehidupan walau tak ke sekolah akan mempelajari sedikit demi sedikit ilmu tentang kehidupan. ilmu akademik dipelajari di sekolah dan pusat2 pengajian manakala ilmu kehidupan merupakan pelajaran yang akan kita dapat melalui pengalaman. tanpa pengalaman, ilmu yang kita dapat mgkin tidak cukup. aku sedar akan diriku, aku masih lg fikirkan, apakah aku mampu untuk menghadapi alam kehidupan sebagai seorang pekerja. alam pekerjaan merupakan alam yang penuh dengan warna. sama ada gelap atau pun cerah. kita sendiri yang akan mencorakkan segalanya. aku harap sangat aku mampu untuk menghadapi semua cabaran yang bakal aku tempuhi di luar sana. meskipun aku tahu, segala yang berlaku, merupakan hikmah yang paling indah dalam hidupku.
seringkali aku terdengar teman ku bersungut akan kesusahan pada dirinya. aku tidak menyalahkannya kerana aku fahamkan situasi yang sedang dia hadapi, namun aku terkilan akan sikapnya yang seolah2 menyesali keputusan yang dia pilih sendiri. pada aku, aku redha meskipun keputusan yang aku ambil adalah salah, aku masih lg mampu tersenyum dan menganggap semua ini adalah satu pengalaman yang paling berharga dalam hidupku. tanpa semua pengalaman itu, kehidupan itu takkan terasa manis dan pahitnya. melalui kesilapan la kita boleh nilai apa sebenarnya kekurangan dan kesilapan kita. kita takkan selamanya gagal dan kita takkan selamanya berjaya. hidup ini umpama roda, ada masa kita akan berada di bawah dan ada masa kita akan berada di atas. niat dan usaha kita yang akan menentukan kedudukan kita berada ditahap mana. tanpa usaha, mustahil untuk kita berjaya.
Aku sesungguhnya amat redha dengan apa yang berlaku pada diriku. Meskipun ada ketika aku membuat keputusan yang salah, aku sekalipun tidak pernah menyesal kerana aku tahu, akan ada hikmah disebalik semua kejadian yang berlaku pada diriku. Aku adalah dirku, walau apa pun yang orang lain perkatakan tentang diriku, aku adalah diriku yang aku kenali. Tiada sesiapa yang mengenali diri kita kalau bukan diri kita sendiri...
No comments:
Post a Comment