Perhubungan antara lelaki dan wanita.
Kadangkala sesuatu perhubungan yang terjalin antara seorang lelaki dan wanita sering disalahertikan. Tidak semua orang boleh menerima hakikat bahawa lelaki boleh berkawan rapat dengan wanita. Padahal perkara ni seringkali berlaku. Cinta PLATONIK. Sesuatu hubungan antara seorang lelaki dan wanita tanpa melibatkan sebarang perasaan, hati dan nafsu. Tanpa kita sedari, keakraban itu sendiri akan menyebabkan ada segelintir pihak yang akan sakit hati. Normal bukan untuk rasa cemburu.
Menyentuh tentang perasaan cinta antara lelaki dan wanita. Perkara yang sering aku fikirkan, apakah yang anda tafsirkan dengan perhubungan cinta antara lelaki dan wanita? Adakah berlandaskan nafsu semata, atau ikhlas menyayangi kerana ALLAH S.W.T? Kadangkala terfikir, apakah mereka yang terlanjur itu hanya memikirkan kenikmatan sementara tanpa memikirkan apa yang akan berlaku pada masa hadapan? Kenikmatan sementara, memang masa bercinta semuanya indah. Semua orang boleh menjadi seorang kekasih yang hebat, namun, tidak semua orang mampu menjadi seorang suami yang hebat. Tidak semua mampu dan bersedia memikul tanggungjawab menghalalkan apa yang haram.
Sesungguhnya, aku sedang menantikan seseorang yang mampu membimbing aku ke jalan yang benar, jalan yang diredhai ALLAH. Bukan harta yang melimpah yang aku minta, bukan rupa paras yang kacak yang aku inginkan, cukuplah sekadar mampu menjadi seorang imam untukku dan anak-anakku. InsyaAllah. Mudah-mudahan aku akan mendapatkan imamku itu. Amin..
No comments:
Post a Comment